Dashboard | +Follow
Dırеctıonеr •

Vas Happenin ?


Aunie Affy, going to be 16


Messages







Credit

Template is made by Putri Myresa , background is get from Dolliecrave  and  Ixora , Please inform me if i forgot to credit you stuff .

© Copyright 2012. All rights reserved.

Friend is an alcoholic.
- 2010 -

Dulu, waktu usiaku beranjak 13 tahun dan melangkah ke alam remaja, sungguh aku takut. Sangat takut. Aku berpisah dengan kawan2 sekolah rendah. Masuk ke UON, aku hanya ada seorang kawan peneman aku, Tasya (bukan nama sebenar) Aku hanya bergantung pada dia. Ke mana aku pergi harus bersama dia. Kami menjalani ujian orientasi untuk menentukan kelas. Last2 aku dengan dia terpisah. Aku sedih walaupun kelas kami bersebelahan. Di balkoni, aku dengan tasya menangis. Menangis mengenangkan nasib kami yg masih mentah dalam usia sebegitu. Aku masuk ke kelas T, mata ku berair. Hanya menunggu air 'sungai' yang jernih ini untuk mengalir laju di pipi ku yang gebu. Aku cuba mencari kawan baru. Dan aku terjumpa seorang kenalan, dia baik walaupun dia sepanjang aku bercakap dgn dia, dia tidak pernah melemparkan senyuman untuk aku. Aku cuba untuk menceriakan perbualan kami. Beberapa bulan di UON, aku masih tidak dapat membiasakan diri aku. Masih lagi rehat bersama tasya, balik bersama tasya sehingga masing2 sanggup tunggu apabila tiba waktu pulang. 

''kring kring'' Loceng inilah yg selalu membingik ditelinga aku setiap kali menandakan waktu sudah rehat atau pulang.

Sehingga lah masuk pada tengah bulan, tasya menjadi renggang dgn aku. Aku tidak tahu kenapa. Aku cuba menyiasat dan akhirnya aku dapat tahu bahawa tasya telah berjumpa seorang kawan yg sekepala dengannya iaitu piyaa. Disebabkan oleh piyaa, aku tidak lagi rehat dengan tasya. Sungguh aku teramat benci kpd piyaa waktu itu. Sampai satu masa, pernah sekali aku ternampak tasya sedang berbual dengan piyaa di balkoni, aku cuba menarik tangan tasya untuk rehat bersama. Aku memberi jelingan tajam pada piyaa. 

- 2011 -



Setelah melalui ujian akhir tahun, aku mendapat tahu bahawa aku tidak sekelas dgn tasya. Aku hampir menangis. Ketika kami mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 2, aku cuba untuk mencari nama kawan yg aku kenal. Dan aku terjumpa nama kawan aku sewaktu di sekolah rendah dulu. Anis, walaupun aku tidak pernah rapat dgn dia ketika di sekolah rendah, aku tetap berasa gembira. Setidaknya aku tidak terlalu kekok untuk bergaul kelak. Kawan baru yg aku rapat di waktu tingkatan 1 sudah beralih ke kelas bawah. 

Hari pertama persekolahan, aku sudah berpakat dengan anis untuk duduk bersama-sama. Dan pada hari pertama jugak aku ternampak kelibat piyaa melangkah masuk ke kelas yg sama dengan aku. Aku tidak suka. Aku sekali lagi memberikan jelingan yg tajam pada dia. Sesungguhnya aku tidak suka dengan perempuan yg bernama sofiah itu. Mungkin perangai dia yg agak sedikit annoying membuatkan aku jadi begitu. 

Masuk pada pertengahan bulan, aku di 'takdirkan' duduk satu group dgn piyaa. Masing2 mendiamkan diri tanpa bercakap walau sepatah. Sehingga pada suatu hari, dengan secara tidak sengajanya kami menjadi rapat. Rapat dengan cara yg tidak disangkakan. Sejak pada hari itu kami seolah-olah menubuhkan satu geng dan aku menjadi semakin renggang dengan anis.  Dalam gang aku tu ada 4 orang kawan, nazifah, aku, piyaa & syiekin. Manakala geng anis, najian, jannah & dillah. 

Gang aku jenis yg suka bergaduh. Dan aku pula seorang yg suka merajuk. Piyaa selalu buli orang. Mungkin sebab itu aku benci dia. Dalam kelas T, kami punya gang di belakang sekali. Dan meja tu disusun empat cukup untuk gang yg paling bising dalam kelas itu. Meja tersebut disusun dengan pasangan masing2. Maksud aku, ipah dengan piyaa selalu berkongsi cerita, piyaa selalu berkongsi cerita dengan aku, aku selalu berkongsi cerita dengan syiekin, jadi aku dengan piyaa duduk diantara ipah & syiekin. Apabila aku merajuk dgn salah seorang drpd mereka, tempat duduk kami mula bertukar. Bagiku ini sangat kelakar. 

Semakin hari keakraban kami semakin dalam. Kami bagaikan isi dengan kuku. Kemana saja pergi harus bersama. Pada akhir tahun, gang aku dengan gang anis bergabung. Maka semakin riuh kelas T dihiruk pikuk kan oleh gang kami. Sehingga ada guru yg begitu masak dengan perangai kami yg degil, bising ini. Aku bahagia. Sangat bahagia dengan kehidupan aku disekolah. 

- 2012 -

''Tahun depan kelas mana"
''Alaa tak sekelas lah mcm ni''
''Belajar leklok dkt walaupun kelas berlainan''
''Buat yg terbaik utk pmr''

Perbualan ini lah yg berlaku sewaktu kami mendaftarkan diri sebagai calon PMR. Jannah, anis & syiekin terpaksa turun ke kelas bawah akibat daripada keputusan ujian akhir tahun mereka. Aku, piyaa, najian & ipah masih kekal di kelas T. Tiga tahun aku berjaya mencipta rekod aku sendiri kekal di kelas sama.Awal tahun, kami masih bersama gang kami. Rehat bersama, pulang sekolah bersama. Yang dikecualikan tetap dikecualikan iaitu ipah. Di kelas T agak sedikit kecoh dengan kehadirannya piyaa yg agak kurang disenangi perangainya oleh pelajar2 yang sedikit skima di kelas itu. Teriak, buli, suara lantang itu adalah beberapa ciri seorang kawan yg pernah menjadi musuh aku sewaktu di tingkatan 1, sofiah. 

Dengan kehadiran seorang pelajar baru dalam kelas kami yg bernama tengku, mula mengacau semuanya. Perangai kami di bulan pertama kedua agak nakal. Membuat jahat terhadap pelajar lain, ya itu kami. Masuk pada bulan kedua, kami mula rengang dengan gang kami yg terpisah di kelas sebelah. Dan bulan seterusnya makin renggang dan renggang sehingga masing2 mereka membuat hal sendiri. Jika terdapat acara di sekolah, kami akan kembali bersama. Tetapi untuk bersama itu sedikit sukar. Masuk pada bulan seterusnya, tengku telah 'sah' permitnya utk menjadi ahli gang kami. Kemana saja kami pergi, gang kami cukup 5, najian, tengku, aku, ipah & piyaa. 


Beberapa bulan selepas itu, tengku mula renggang dgn kami akibat pada perbuatannya sendiri. Panjang ceritanya. Walaupun begitu, kelas T tetap riuh dengan kehadiran sofiah yg mempunyai banyak scandal di sekolah. Tetapi jika sofiah tidak menghadirkan diri ke sekolah dalam satu hari, kelas T bagaikan malaikat yg menjaga. Senyap dan sunyi. Hanya kerana seorang pelajar, satu kelas jd mangsa. Walaupun gang kami tiada nama macam org lain, tapi kami tetap mempunyai kenangan pahit manis yg dilalui bersama. 

Gang kami masing2 sibuk dengan diri sendiri................
Najian -> amir & scandalnya di kelas atas. 
Nazifah -> zha yg selalu berada dihati katanya.
Sofiah -> azman yg tetap menjadi pujaan di hati.
Syiekin -> nazmi yg menjadi crushnya.
Jannah -> talhah yg berjaya memikat hatinya.
Anis -> M teman sekolah rendahnya.
Tengku -> lelaki2 disekelilingnya.
Aku............ sibuk dengan diri sendiri dan hidup aku. Hidup aku? Ya, hidup aku. 

Selepas berakhirnya pertempuran yg kami lalui dan berjaya dengan keputusan yg cemerlang di tangan masing2, gang kami mungkin terpisah. Terpisah kerana masing2 ingin mengikut aliran yg diambil dan berpindah ke sekolah baru. Bagaimana dengan kenangan pahit manis yg kami telah lalui bersama? Adakah kenangan itu akan cepat terpadam dihati mereka? Aku tidak tahu. Tetapi jujur aku cakap, aku tidak akan sesekali memadam kenangan itu. Sesungguhnya kenangan itu yg selalu membuatkan aku tersenyum sendirian apabila memikirkannya kembali. Tahun depan mereka telah pun mencari hala tuju masing2......... 

Tahun depan mungkin...
 - tidak ada yg dapat menggantikan gelak tawa, gurau senda sofiah
 - tidak ada yg dapat mendengar cerita bodoh aku, yg selalu bajet speaking dalam kelas.
 - tidak ada yg dapat memberi nasihat seperti nazifah selalu bagi.
 - tidak ada yg dapat tengok najian membuat lawak bodohnya.
 - tidak ada yg dapat dimarah oleh jannah yg garang seperti singa.
 - tidak ada yg dapat membuka cerita menarik, lucu dari syiekin.
 - tidak ada yg dapat bergurau manja dengan anis.

Harus bagaimanakah kami semua menempuh alam remaja pada fasa kedua? Yang dahulunya pada fasa pertama, setiap subjek senang untuk skor A, tp tahun depan setiap subjek senang untuk skor E? Harus bagaimanakah kami menempuh saat gilang gemilang kami sebagai gang paling riuh, bajet gangstar di sekolah? 








Bagaimana kau merasa bangga


akan dunia yg sementara


bagaimanakah bila semua hilang dan pergi


meninggalkan dirimu?

Bagaimanakah bila saatnya


waktu terhenti tak kau sadari


masihkah ada jalan bagimu untuk kembali


mengulangkan masa lalu?

Dunia dipenuhi dengan hiasan


semua dan segala yg ada akan


kembali padaNya.

Bila waktu telah memanggil segalanya


teman sejati hanyalah amal kita


bila waktu telah terhenti


teman sejati tingallah sepi :')





P/s: BOSAN?!? Pegi mampus! Hahahahahahaha aku bukan penulis reti buat cerita bagai -.- Btw sorry ayat aku tunggang langgang. Lama tak buat karangan kan well haha :p Kalau ada typo harap bisa dimengerti aku malas nak edit balik. And and ada video tp takleh upload, blog aku suck kai to the max. Hikhik sorry! :* 

xoxo D publish!